Poster Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah


Poster Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Filem genre komedi seram, Hantu Kak Limah Balik Rumah yang juga sekuel Zombi Kampung Pisang ternyata mempunyai kekuatannya tersendiri kerana sarat dengan kritikan sosial kepada masyarakat.

Filem arahan Mamat Khalid ini turut menyindir budaya orang Melayu yang percaya dengan cerita tahyul. Kata Mamat, idea buat filem yang juga kesinambungan dari Zombi Kampung Pisang ini tercetus apabila dia tidak ada duit untuk bayar bil selepas menerbitkan filem Estet sebelum ini.

Filem ini dibintangi Johan Raja Lawak (Abi Hurairah), Ummi Nazeera (Che Nin), Shy8 (Usop), Avaa Vanja (Ayu), Delimawati (Kak Limah), Zami Ismail (Pak Abu), Man Kadir (Pak Jabit), Pekin (Musalman), Dewa (Cik Purnama), Sofi Jikan (Wak Joko), Kamarul Yusoff (Chomprak Chawatbesiwat), Azwan (Wak Kaswi) dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment