Pengunjung pantai peranginan Teluk Chempedak di sini malam tadi digemparkan dengan penemuan seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram.
Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, Mohamad Irwanis Seni, berkata seramai lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuantan bergegas ke pantai itu sebaik menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan buaya berkenaan pada 8 malam.Pihaknya terus menangkap buaya berkenaan yang terdampar berhampiran kawasan batu-batu di pantai itu.
No comments:
Post a Comment