Kumpulan Mirwana mengakui selesa dengan identiti dan imej kontemporari. Mirwana senang menggelarkan diri sebagai kumpulan vokal dan bukan kumpulan nasyid.Menyentuh perkembangan seni, kumpulan yang dianggotai oleh lima jejaka ini kini sedang sibuk mempromosikan album kedua mereka iaitu Bumi Akhir Usia yang telah pun berada di pasaran.
Tampil dengan lagu-lagu ketuhanan yang lebihb kontemporari, album yang diterbitkan oleh kumpulan ini sendiri memuatkan 13 lagu termasuk Tika Masanya (duet bersama kumpulan Hujan), Manifestasi Cinta (duet bersama Fiq), Jauh dan Andaiku Pergi.
Foto The Star oleh RAYMOND OOI
No comments:
Post a Comment