Gambar Pernikahan Siti Sarah - Shuib Sepah

Dengan sekali lafaz, debaran Siti Sarah Raisudin, 27, berakhir selepas sah menjadi milik lelaki pilihan hati, anggota kumpulan Sepah yang juga juara Raja Lawak musim ketiga, Shahmira Muhamad, 27, atau lebih dikenali sebagai Shuib.

Pernikahan penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan itu berlangsung di banglo sewaan, Jeumpa D'ramo, Bukit Bangsar, di sini, semalam.

Anak penyanyi dan pengacara, Raisuddin Hamzah itu menerima mas kahwin RM1,000 selain berbalas lima dulang hantaran Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga kedua-dua mempelai.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Wilayah Persekutuan, Mohd Nizar Mohd Nadzir, jam 5.45 petang.

Siti Sarah dan Shuib mula berkenalan setahun lalu ketika sama-sama menjayakan sitkom Gelak Khas, siaran Astro Warna.

"Selalunya jika terbabit dengan penggambaran, saya jarang menegur pelakon wanita. Tapi dengan Sarah, lain pula jadinya. Pada mulanya, saya tidak mengambil nombor telefonnya. Mamat (seorang lagi anggota Sepah) yang ada nombor telefonnya.

"Lucunya, saya terkejut apabila Mamat memberitahu Sarah menghantar SMS kepadanya dan mengatakan wajah saya garang tetapi masih comel. Lama-kelamaan, kami saling berhubung melalui telefon dan menjadi rapat," kata Shuib.

1 comment:

  1. Tahniah saya ucapkan kepada siti sarah dan Shuib sepah ! Semoga mereka berdua bahagia sehingga ke akhir hayat ! AMIN !

    anastasyea's latest post .. Luahan Hati | Anda Berani !

    ReplyDelete