Poster Filem Karak, filem seram KRU Studios

Poster Filem Karak

Poster Filem Karak

Karak, filem seram arahan Yusry Abdul Halim terbitan Kru Studios.

Ia menceritakan kisah seram sepanjang lebuh raya Karak. Kisah bermula dengan empat pelajar kolej yang dalam perjalanan pulang ke Kuantan selepas menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur.

Ketika perjalanan pulang, mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya di sepanjang lebuh raya.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan mengubah hidup mereka dengan pelbagai kisah menyeramkan.

Filem ini dibintangi Shahir AF8 (Nik), Shera Aiyob ( Zura), Kila fairy (Ida), Md Eyzendy (Jack), Sidek Hussain (Tok Malam) dan Sobri Anuar (suami).

No comments:

Post a Comment