Pages

Gambar Anak Tomok, Arrianshah Akid yang comel

Anak sulung lelaki Tomok yang cute ini diberi nama Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan. Arrianshah telah selamat lahir pada 29 Mei 2012 di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 6.03 petang seberat 3.33kg.

Gambar Anak lelaki Tomok

Gambar Anak lelaki Tomok

Gambar Anak lelaki Tomok dan Isma

“Tiada apa yang boleh menggambarkan perasaan saya pada saat ini. Apatah lagi buat pertama kali menjadi seorang ayah, saya sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk merasai pengalaman ini. Sedar tidak sedar, rupanya saya akan beralih ke fasa baru iaitu berkeluarga dan menimang anak.

“Bagaimanapun, perasaan gementar itu memang tidak dinafikan tetap ada memikirkan selepas ini tanggungjawab saya akan menjadi lebih berat. Setakat ini, saya dan isteri sudah ada beberapa nama untuk anak kami nanti namun belum memilih yang paling sesuai lagi." jelasnya gembira.

“Sebenarnya kesempatan melihat kesukaran seorang isteri bersalin menimbulkan rasa insaf buat saya sehingga menitiskan air mata. “Inilah pengorbanan seorang isteri yang sepatutnya kita hargai,”

“Kiranya, bulan Mei adalah bulan yang paling bermakna untuk saya kerana bukan sahaja menerima kelahiran anak pada bulan ini, malah filem sulung lakonan saya Mantera juga turut ditayangkan. Inilah antara hadiah hari lahir paling ditunggu-tunggu,”

Tomok dan isterinya Rahayu Abbas (Ayu) telah mendirikan rumah tangga pada 1 Julai tahun lalu.

No comments:

Post a Comment