Pages

(Photo) Sultan of Brunei's Daughter's Wedding

Sultan of Brunei's Daughter's Wedding
The wedding ceremony of the daughter of Sultan of Brunei, Princess Hafizah Sururul Bolkiah to Muhammad Ruzaini.

Glittering jewels and the echoes of a 17-gun salute marked the climax of wedding celebrations for the daughter of one of the world's wealthiest men, the Sultan of Brunei.
Sultan of Brunei's Daughter's Wedding

Princess Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, 32, and Pengiran Haji Muhammad Ruzaini, 29, were presented to the royal court in a lavish traditional ceremony at the sultan's 1,700-room palace on Sunday. Although the couple were legally wed on Thursday after signing the marriage contract, Sunday's event marks the height of more than a week of festivities in the tiny oil-rich Muslim sultanate on Borneo island.

Princess Hafizah Sururul Bolkiah
Princess Hajah Hafizah Sururul Bolkiah
royal wedding brunei
royal wedding brunei
Princess Hafizah Sururul Bolkiah

Brunei Royal Wedding 2012

Pernikahan Anak Sultan Brunei 

Telah berlangsungnya Majlis Persantapan Diraja Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda Sultan Brunei, Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah dengan Pengiran Muhammad Ruzaini yang mana turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Anakanda perempuan pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah selamat nikah dengan Pengiran Muhammad Ruziani pada hari Rabu lalu 16 September.

Anakanda Sultan Brunei itu, Puteri Hafizah Surusul Bolkiah, 32, berkahwin pada majlis yang diadakan di depan sejumlah tetamu pada 19 September, Rabu lalu.

Puteri Hafizah merupakan anakanda kelima Sultan Hassanal Bolkiah dengan isterinya, Permaisuri Pengiran Anak Saleha.

Anakanda Sultan Brunei itu mempunyai ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan dan bekerja sebagai seorang pegawai di Kementerian Kewangan.

Pengiran Muhammad Ruziani, 29, pula bekerja sebagai seorang kakitangan awam. Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai 12 anak, lima lelaki dan tujuh perempuan daripada tiga perkahwinannya.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis istiadat persandingan Diraja anakanda Sultan Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman di sini, hari ini.

Beberapa pemimpin negara Asean termasuk Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, Presiden Filipina Benigno S. Aquino, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan Menteri Luar Singapura K. Shanmugam turut hadir pada istiadat persandingan diraja itu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin serta Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib turut hadir.Terdahulu, para kenamaan dibawa menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Turut berangkat adalah Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.Selepas majlis menghadap, Rosmah dan tetamu kenamaan diiring masuk keBalai Singgahsana Indera Buana untuk menghadiri istiadat persandingan Diraja, sebelum keberangkatan masuk Sultan Hassanal Bolkiah.

Majlis disusuli dengan perarakan masuk pasangan pengantin Diraja, Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dengan persalinan berwarna emas dengan sulaman ungu tepat 11.15 pagi diikuti pengantin lelaki Pengiran Haji Muhammad Ruzaini yang berpakaian sedondon, lima minit kemudian.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua mempelai Diraja itu tampil bersama di khalayak ramai selepas dinikahkan dengan penuh adat istiadat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Khamis lepas.

Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, merupakan lulusan sarjana perniagaan antarabangsa dari University of Hertfordshire, United Kingdom dan merupakan anakanda kelima Sultan Brunei.

Pasangannya Pengiran Haji Muhammad Ruzaini, yang bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas di Bahagian Perancangan dan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Jabatan Perdana Menteri adalah lulusan ijazah ekonomi dengan kepujian dari University of Coventry, England.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual tiba petang ini bagi menghadiri majlis “Persantapan Diraja” di Dewan Santapan Diraja, Istana Nurul Iman, malam ini.

Istiadat bersanding merupakan acara kemuncak istiadat perkahwinan Diraja itu yang telah bermula sejak 16 Sept lepas yang dikenali sebagai “musim Istiadat Diraja” yang berlangsung selama 10 hari dan bakal berakhir Selasa ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment