Pages

Gambar Afiq Muiz, Biodata Afiq Muiz

Gambar-gambar pelakon kacak Afiq Muiz 

Biodata Afiq Muiz
Biodata Afiq Muiz
Biodata Afiq Muiz
Afiq Muiz
Biodata Afiq Muiz
Biodata Afiq Muiz
Biodata Afiq Muiz
Biodata Afiq Muiz
Biodata Afiq Muiz
Biodata Afiq Muiz
Biodata Afiq Muiz

Afiq Muiz Afiq Muiz

Profil/Biodata Afiq Muiz

Nama penuh: Muhamad Afiq Muiz Azman Shah

Tarikh Lahir: 1 Mei 1992

Tinggi/ Berat : 185cm/ 80kg Kerjaya: Pelakon, Model

Tempat Lahir: Kelantan

Adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik

Hobi: Memancing

Pendidikan: Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara)

DRAMA: Duri, Mimpi Cinderella, Tiara, Hanya Dengan Bismillah, Syukur Allah, Tanah Kubur, Alam Hitam (Darah Puntianak, Sabit Puaka), Mistik Alam Hitam 2 (Panggilan Maut), Mak Pengantin Tak Popular, Seram dan Iqra.

Pembabitan Afiq Muiz dalam dunia peragaan sejak di bangku sekolah menjadi pembuka jalan untuknya berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Tidak seperti kebanyakan remaja seusia yang lebih gemar mencari hiburan atau menghabiskan masa dengan melepak, anak kedua daripada empat beradik ini memilih mencari pendapatan sebagai model.

Ketika tingkatan empat, dia pernah bekerja kilang ketika bercuti dan berniaga burger pada waktu malam bagi mengumpul wang untuk mengikuti kelas peragaan, selain menyertai pertandingan peragaan dan menghadiri uji bakat untuk komersial.

Sepanjang pembabitannya sebagai model, ramai menyuarakan pandangan dia ada kualiti untuk menonjol sebagai pelakon. Berikutan saranan yang diperoleh secara tidak langsung itu, timbul rasa ingin mencuba dalam hati hingga terdorong mengikuti kelas lakonan di Aswara sebagai persediaan diri.

 Usahanya berbaloi apabila dilamar pengarah terkenal, Rashid Sibir untuk beraksi dalam beberapa produk Rashbir Media, termasuk siri Mistik Alam Hitam, telefilem Mak Pengantin Tak Popular dan Panggilan Maut. Dia yang juga pernah menjayakan klip video lagu You Got To Go, dendangan penyanyi popular, Najwa semakin yakin dengan jalan dipilih apabila terbabit dengan pementasan teater Gelanggang Tok Wali di Istana Budaya (IB). Biarpun sekadar memegang peranan kecil, pengalaman tidak ternilai itu menyuntik keberanian dalam dirinya untuk lebih serius dalam bidang yang baru diceburi ini.

http://photoimagepics.blogspot.com/

1 comment: