Gambar Fazura sebagai Duta Colgate Optic White

Fazura Duta Colgate

Senyuman aset penting buat wanita, apatah lagi apabila bergelar selebriti. Menyedari hakikat itu, Fazura sangat menitik beratkan penjagaan gigi.

Ketelitian itu dapat dilihat menerusi warna giginya yang putih dan bersih. Sejak kecil setia menggunakan ubat gigi Colgate, wanita bertubuh langsing ini nyata terharu apabila terpilih sebagai duta jenama mega itu.


Gambar Fazura Duta Colgate
Gambar Fazura Duta Colgate


Menandatangani kontrak selama setahun pada November lalu, Fazura menggalas tanggungjawab besar memperkenalkan produk Colgate Optic White yang terbukti dapat menjadikan gigi lebih putih dan berseri selepas seminggu digunakan.

"Saya membesar dengan Colgate. Tak sangka terpilih sebagai duta jenama mega ini. Terima kasih kepada Colgate kerana percayakan saya.

"Jujur, saya seorang yang realistik. Apabila ditawarkan menjadi duta, saya minta contoh produk untuk pastikan ia benar-benar berkesan. Terbukti, dalam tempoh seminggu, gigi saya yang sedia putih bertambah putih dan berseri.

Gambar Fazura Duta Colgate

"Saya terus terpikat dan menyarankan semua orang menggunakan Colgate Optic White. Kita tidak boleh menafikan hakikat senyuman akan lebih menawan jika gigi kita putih dan berseri. Orang akan beri lebih perhatian apabila kita bercakap jika gigi kita bersih dan cantik.

"Pada zaman moden ini, ramai wanita bekerjaya. Kita kena jaga diri dalam segala aspek, termasuk soal penjagaan gigi, supaya tampil lebih yakin dan menawan," katanya.

Menerusi amanah digalas ini, Fazura akan bertemu peminat di seluruh negara dalam promosi jelajah Colgate Optic White.

"Nikmat rasanya apabila dapat bawa jenama besar dan bertemu peminat di lokasi terpilih seluruh negara.

"Insya-Allah, saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin dan berharap kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kebersihan gigi dan mulut akan meningkat menerusi kempen ini.

"Produk terbaru Colgate ini bukan saja menjadikan gigi lebih putih dan berseri, malah jika digunakan secara berterusan, ia dapat mencegah kaviti, melindungi enamel, menghilangkan plak serta menjadikan nafas lebih segar sepanjang hari," katanya.

Ubat gigi Colgate Optic White boleh didapati dalam 100 gram dan 40 gram di pasaran dengan harga RM12.90 dan RM5.90. Untuk kesan lebih optimal, gunakan bersama berus gigi dan pembasuh mulut Optic White.


http://photoimagepics.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment