Gambar Sarimah Terbaru Imej Ala Jepun






Sarimah berpenampilan baru menerusi rancangan kelolaannya 1.2..3... tukar! Jauh berbeza dengan imejnya sebelum ini, Sarimah mengakui terpaksa menjelajah ke Jepun, Hong Kong dan Thailand demi memenuhi tuntutan fesyen yang terbit dalam dirinya.



"Saya menukar gaya rambut dan fesyen untuk program terbaru Astro berjudul 1.2..3... tukar!. Program ini berkisarkan impian dan saya bertanggungjawab mengubah penampilan peserta dan menunaikan harapan mereka. Saya akan muncul bersama Fitri yang ditugaskan sebagai perunding imej dan kami mempunyai van sendiri.

"Imej ini diinspirasikan daripada pengalaman saya di Jepun. Banyak budaya menarik dan pelik di sana yang kebanyakannya mengenai kegembiraan. Jika kita lihat program mereka, semuanya ceria dan penuh bertenaga dan itu yang cuba saya bawa dalam program terbaru ini.

"Saya try mix and match fesyen Jepun yang sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Selalunya kita lebih melihat fesyen di barat yang kebanyakannya seksi. Apa salahnya jika kita alihkan pandangan dengan melihat fesyen masyarakat Asia yang dekat dengan budaya kita," ujarnya yang menggemari fesyen Harajuku.

No comments:

Post a Comment