Akhirnya, penantian peminat yang tidak sabar melihat kesudahan hubungan Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah, Adam (Remy Ishak) dan Aidil (Fizz Fairuz) terlaksana apabila NKTM ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei. Kabir dan Mira sudah mengotakan janji menghasilkan filem yang sarat dengan warna-warni kehidupan. Jika rantaian Nur Kasih berkisarkan tiga watak ini, acuan serupa turut dikekalkan dalam filem terbitan bersama Primeworks Studios, Film Scape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhd kerana inilah yang peminat mahukan.
memang terbaik!!!
ReplyDelete