Pages

Gambar twitter pelakon Jackass,Ryan Dunn sebelum kemalangan,gambar tempat kemalangan












Ryan Dunn,pelakon Jackass, terbunuh dalam dalam satu kemalangan ngeri apabila kereta Porsche 911 GT3 yang dipandunya terbakar selepas terbabas ke tepi jalan raya di pinggir Philadelphia pada Isnin 20/6/2011.

Dia sedang memandu kereta sport jenis Porshe 911 GT3 miliknya di sini pada hari kejadian apabila keretanya terbabas, terbalik dan merempuh beberapa batang pokok sebelum terbakar.

Tubuh pelakon dan penumpang itu terbakar akibat kebakaran tersebut.

Beberapa jam sebelum kemalangan berlaku pada pukul 3 pagi, Dunn menyiarkan gambar-gambarnya sedang minum arak bersama dua rakannya di laman jaringan sosial Twitter tetapi semua gambar itu kemudian ditarik balik. - AP

No comments:

Post a Comment