Gambar Kahwin Fasha Sandha 2012
Jejai dan Fasha Sandha akhirnya dapat bersatu dalam satu ikatan yang suci selepas menempuh pelbagai rintangan.
Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai, sah menjadi suami Fasha selepas dua kali lafaz di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad.
"Inilah peristiwa paling indah dan bahagia buat saya kerana kami akhirnya selamat disatukan. Saya amat bersyukur dan mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat."
Itu kata Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36, selepas diijabkabulkan dengan aktres jelita, Fasha Sandha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, di Windows of KL, Hotel Crowne Plaza, di sini, jam 9.40 malam tadi.
Fasha yang anggun dalam persalinan berona putih sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini diwalikan ayah kandungnya, Hassan Moideen, 60, dengan mas kahwin RM8,888.88.
Jejai berkata, kehadiran Fasha kini melengkapkan hidupnya dan perkahwinan mereka kemuncak kepada persefahaman yang disemai secara serius sejak tiga tahun lalu.
"Alhamdulillah, segala-galanya sudah selamat dan sekarang kami sah menjadi suami isteri. Saya gembira kerana apa yang kami impikan menjadi kenyataan. Ini berkat adalah doa kami sepanjang bercinta.
"Selama ini pelbagai dugaan dan kontroversi terpaksa kami tempuhi bersama. Macam-macam cerita pernah terpampang di media, namun semuanya tidak pernah menggugat hubungan kami.
"Selepas ini kami akan mula menempuh fasa baru bersama-sama dan semoga saya akan dapat membahagiakan Fasha sebagaimana yang diimpikannya," katanya yang merahsiakan jumlah hantaran buat isterinya.
Jejai juga akui tidak sabar untuk menimang cahaya mata lagi dan merancang membawa Fasha ke Pulau Redang sebagai destinasi bulan madu kerana baginya lokasi di Malaysia sudah cukup indah.
Sementara itu, Fasha berharap perkahwinannya dengan Jejai yang pertama dan terakhir kerana baginya suaminya itu memenuhi segala ciri lelaki idamannya.
"Dia seorang yang penyayang, matang dan menerima saya seadanya. Itulah yang membuatkan saya benar-benar jatuh cinta dengan Rizal dan menerima lamarannya," kata Fasha.
Majlis pernikahan yang berkonsepkan warna putih dan ungu ini hanya dihadiri kira-kira 300 tetamu, semuanya keluarga terdekat dan teman rapat saja.
Pengantin lelaki menyerahkan hantaran, antaranya tepak sirih, beg tangan, sebentuk cincin, jubah dan tudung dari Makkah serta senaskah al-Quran dan sebentuk cincin Habib Jewels.
Antara balasan hantaran daripada Fasha pula ialah sirih junjung, sehelai sejadah, buku Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini dan sebentuk cincin.
Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua buat Jejai setelah berkahwin dengan pelakon Nora Danish pada 20 Jun 2006. Pasangan itu bercerai pada 12 Ogos 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli.

No comments:
Post a Comment