Gambar Foto Pra Perkahwinan Liyana Jasmay - Fathudin Mazlan
Pelakon Liyana Jasmay (LJ) dan bakal suaminya, Fathuddin Mazlan mencuri masa seharian untuk merakam gambar praperkahwinan mereka di Hyatt Regency Kuantan Resort.
Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 itu sengaja memilih tempat kelahirannya sebagai mengabadikan momen dan memori indah itu. Malah, atas bantuan teman baiknya, Izuan Mokhtar serta Ashraf Rahman, hotel berkenaan sudi menaja bilik Presidental Suite yang berharga lebih RM8,000 semalam bagi sesi fotografi berkenaan.
Pasangan yang bakal diijabkabulkan pada 2 Februari ini di Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur jam 9 pagi itu juga cuba memilih gaya ringkas untuk gambar praperkahwinan yang dirakam syarikat fotografi Candidsyndrome.com (milik Saiful Nang).
Seramai tujuh krew termasuk Saiful Nang turun padang untuk agenda berkenaan. Ia turut membabitkan tiga krew videografi The Malaya Production (www.weddingmalaya.com), manakala jurusolek kesayangannya, Deq Sha dibantu Jija Anuar dan Pejoy Yahaya dipilih untuk mencantikkannya.
Din yang kelihatan makin susut berbanding hari pertunangan Mac tahun lalu berkata, bakal isterinya begitu sempurna di mata hingga mereka pantas mencipta keserasian. Seperti ceritera cinta yang sering ditonton, hikayat mereka juga hampir serupa.
Berkongsi satu planet, tinggal di kawasan kejiranan yang sama, satu sekolah di mana Din bergelar senior kepada Liyana, anak kesayangan Habsah Simpon dan Datuk Jasmay Md Shah itu mengakui sebenarnya sudah mula menaruh perasaan kepada Din sejak berusia 13 tahun lagi.
"Kebetulan juga ketika itu, kakak saya berkawan dengan kakaknya. Lucunya selepas keluarga saya berpindah di kawasan kejiranan sama dengannya, saya hanya nampak beliau dalam beberapa kali saja. Ketika itu juga saya akan berlari ke tepi jendela untuk memandangnya dari kejauhan.
"Ketika itu cinta hanya tersemat dalam hati. Tak sangka pula sejak Januari tahun lalu kami boleh bertemu semula. Saya juga sempat bertanyakan seorang teman yang juga berkawan dengannya sama ada dia masih single atau sudah berpunya, selain berkirim salam dan seterusnya berlanjutan hingga bertukar nombor telefon.
"Mengejutkan.. SMS yang diterima pada malam tahun baru 2012 ketika saya bercuti di Singapura bersama kakak membuka plot cerita lain pula. Kami mula berdating. Dating pertama kami bukan berdua, sebaliknya ditemani kawan baik saya, Izuan. Betapa ajaibnya kuasa cinta, kami boleh jatuh cinta dalam tempoh lima hari selepas pertemuan itu," kata Liyana mengimbas cerita lama.
Mengakui dalam debar dan teruja untuk bergelar raja sehari, Liyana hingga kini tidak dapat melupakan bagaimana Din melamarnya dengan cara yang teramat manis. Tetapi saat diajak berkongsi perkara itu, Liyana memilih untuk merahsiakannya.
Skype untuk berhubung
"Hampir setiap detik kami bersama, ia cukup manis dan istimewa. Selepas dua tiga minggu kami berjumpa, kami juga kerap menggunakan medium Skype untuk berkomunikasi. Ketika itu juga dia akan mendekatkan dirinya dengan skrin komputer dan memandang saya sambil menuturkan perkataan I sayang You.
"Malah, selama enam bulan berpisah ketika saya menuntut di New York, menerusi medium Skype itu juga kami berinteraksi saban hari. Jarak itu bukan pemisah kerana hati seakan dekat selalu. Satu lagi momen yang paling meruntun dan mencuit hati saya ketika kami makan di tempat kegemaran di Alexis.
"Ketika itu, Din menarik tangan saya dan berimaginasi seperti menulis atas tangan saya beberapa perkara. Ia umpama kontrak cinta seumur hidup kami antaranya seperti hidup susah senang bersama. Din tanya saya setuju tak dengan apa yang disebut itu. Saya mengangguk tanda setuju dan melakukan hal sama atas tangannya," kata Liyana yang mengakui bapa tersayang cukup menyayangi Din seperti anak sendiri.
Selepas berkahwin, Liyana sekali lagi ke New York untuk urusan kerja dan sekali gus berbulan madu bersama suaminya. Pemergiannya itu untuk urusan penggambaran drama dan filem di bawah terbitan syarikat produksi sendiri, Mermaid Studios.
"Kali ini nampaknya Din kena ikut sekali di samping krew terbabit. Kiranya pemergian ini seperti bekerja dan berbulan madu sekali gus. Saya dijadualkan ke sana pada 15 hingga 27 Februari ini. Seterusnya kami berdua akan sambung berbulan madu ke London hingga 5 Mac pula. Insya-Allah kalau tiada aral, kami nak berbulan madu betul-betul di mana-mana pulau. Pulau di Sabah pun sudah memadai. Tengoklah macam mana nanti," katanya.
Pada sebelah malam hari sama selepas bernikah pada 2 Februari ini, mereka akan bersanding di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis bertandang akan diadakan pada 9 Februari di Dewan Perdana Felda. Majlis berinai diadakan pada 30 Januari ini.
Din tak sekat kerjaya seni LJ
Sementara itu Din yang bekerja di Sabah bagi membantu perniagaan bapanya sejak enam tahun lalu berkata, ketika ini persiapan majlis kahwin lancar. Dia mengakui tidak sabar menyudahkan apa yang sudah dimulakan itu sekali gus memikul tanggung jawab sebagai suami.
Malah selepas berkahwin, Liyana akan mengikut suaminya tinggal di Sabah. Tetapi Din tidak akan melarang isterinya untuk terus aktif dalam dunia seni. Soal anak, kedua-duanya tidak merancang dan sentiasa menanti dengan hati terbuka.
"Memang tiada pantang larang buat dia (Liyana) selepas kami berkahwin. Malah, kami akan balik mungkin sekali dalam sebulan ke Kuala Lumpur. Saya sendiri cakap kepadanya kalau ada tawaran berlakon dan mahu pertimbangkan amatlah dipersilakan. Mengenai anak pula, kalau ada rezeki cepat, kami terima. Tetapi tahun ini kalau boleh saya mahupun dia nak fokus kepada kerjaya dulu sebelum dikurniakan anak," kata Din yang mula menonton lakonan Liyana menerusi filem Papadom dan telefilem Cik Diva Paris Masuk Kampung.
Sepanjang perkenalan mereka, Din sebenarnya tidak tahu Liyana bergelar selebriti. Pernah terjadi ketika kedua-duanya ke Pavilion KL, Din mengerut dahi tanda pelik kenapa setiap langkah mereka pasti tersekat apabila ada saja orang yang datang menegur untuk bergambar dengan cinta hatinya itu.
Sedang membiasakan diri
"Saya sedang membiasakan diri apabila dia selalu ditahan untuk bergambar dengan peminatnya. Kalau dulu saya akan terkedu, sekarang tak lagi dan saya akan berjalan ke depan terlebih dulu, sekali gus membiarkannya melayan peminat," kata Din.
Sekembalinya Liyana daripada pengajiannya di New York, ramai mula menyedari si manja itu sudah mula menampakkan sisi matangnya. Din turut menyedarinya. Liyana sendiri mengakui perubahan itu atas keinginan sendiri. Bukan saja perubahan dalam diri, malah Liyana turut mengubah cara pemakaiannya seiring peningkatan usia.
"Saya positif atas perubahan itu. Saya menerima dia seadanya. Kalau nak tahu dia juga memang pandai masak terutama masakan Barat seperti pasta dan spageti dan sudah membeli buku masakan Itali. Masakan Melayu pun boleh. Dia pernah buat ayam masak kicap. Saya jenis yang ringkas dalam soal makan. Cukuplah yang tidak berminyak dan menggemukkan," kata Din menutup bicara.
INFO
- Mengagihkan sama rata tugas dua jurusolek kesayangannya, Tiar Zainal dan Deq Sha.
- Urusan pelamin diserahkan kepada Reka Teemor.
- Untuk busana, Jovian Mandagie akan menyiapkan untuk majlis nikah dan resepsi.
Bagi acara potong kek untuk resepsi dan majlis bertandang diserahkan kepada Rizman Ruzaini.
- Konsep majlis kahwin nanti lebih bertemakan cinta dan romantis. Acara nikah lebih bersifat tenang, resepsi pula gabungan romantik dan klasik manakala majlis bertandang mengenakan tema serba putih.
- Selepas single Cinta Bersatu, Liyana akan muncul dengan single terbaru Jujur pula ciptaan kumpulan Tilu
- Tiga filem lakonannya yang masih menunggu tayangan ialah Papadom 2, Isyarat Cinta dan Tokan
- Solekan dan dandanan rambut: Deqsha dibantu Jija Anuar dan Pejoy Yahaya (Facebook: taip Deq Sha dan Deq Sha II)
- Lokasi dan tajaan makanan: Hyatt Regency Kuantan Resort, Telok Cempedak, Kuantan, Pahang (kuantan.regency.hyatt.com, Terima kasih Pengarah Jualannya, Ima Sheeren, Noraznita Rahmat (Eksekutif Acara dan Jualan), Lai Yu Pei (Eksekutif Perhubungan Awam), Diana (Pengurus Pemasaran Komunikasi)
http://photoimagepics.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment