Gambar Pernikahan Pierre Andre & Siti Noorhidayah
Tanggal 23 Jun 2013, dengan sekali lafaz pengarah dan pelakon terkenal Pierre Andre sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah.
Majlis akad nikah diantara Pierre Andre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28, dan Siti Nur Hidayah atau Yaya, 26, telah dilangsungkan di Masji Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.
Majlis pernikahan dihadiri lebih kurang 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, sahabat handai dan beberapa rakan artis.
Pasangan mempelai dinikahkan Imam masjid tersebut Mohamad Zuhdi Razali kira-kira pukul 2.10 petang Ahad, dan disaksikan bapa pengantin perempuan, Encik Hashim.
Pierre dan Yaya berkenalan melalui laman sosial Facebook dan menjalani hubungan sebagai sahabat selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk bertunang pada Februari lalu.
Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, seutas jam tangan, beg tangan dan dompet, telekung, set minyak wangi, telefon pintar dan tablet serta set barang kemas.
Manakala pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada buku, sepasang kasut, coklat, seutas jam tangan, set kamera, set minyak wangi, set permainan video, barang kemas dan sirih junjung. Pengantin perempuan turut menerima mas kahwin RM300 dan RM20,000 sebagai wang hantaran.
Pierre yang menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah berkata jodohnya dengan Hidayah yang mesra disapa Yaya adalah ketentuan daripada Allah SWT selepas dia mengambil keputusan untuk mendalami Islam beberapa tahun lalu.
http://photoimagepics.blogspot.com/

Gambar Kredit David Teo
http://photoimagepics.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment