Gambar Babak Drama Trilogi Cinta

Gambar Trilogi Cinta

Drama Trilogi Cinta mengisahkan cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh.

Drama ini turut dibintangi oleh Raissudin Hamzah, Aida Khalida, Siti Fazurina, Reza Hasbi dan Nazim Othman.

Drama hebat Trilogi Cinta 40 episod ini dapat disaksikan setiap Ahad dan Isnin bermula 2 Januari 2011 pada jam 10.00 malam di saluran TV1.

FOTO IHSAN SUHAN MOVIES & TRADING SDN BHD & JEFFRI IRAN

No comments:

Post a Comment