Gambar Kereta Proton Waja Erry Putra Yang Dicuri Orang


Proton Waja WNQ 4910 berwarna hitam milik pelakon best Erry Putra dipercayai dicuri di kawasan rumahnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut Erry, kereta tersebut hilang di tempat yang biasa diletakkannya.

“Ketika ingin ke lokasi penggambaran kira-kira pukul 10 pagi tadi, saya terkejut bila kereta Waja yang saya parkir di tempat letak kereta luar kawasan rumah saya sudah tiada lagi. Sedangkan malam sebelumnya saya lihat ia masih ada di situ.

“Apa yang saya kesalkan, banyak dokumen penting dan peralatan untuk penggambaran saya simpan di dalam kereta itu.Saya sudah melaporkan perkara ini di Balai Polis Sungai Besi dan biar polis yang menyelesaikannya.Namun begitu, ada juga rakan-rakan Twitter yang beritahu saya ternampak kereta ini dibawa oleh dua orang lelaki berbangsa Melayu dan India dan masih berada di sekitar Lembah Klang,” katanya.

No comments:

Post a Comment