Gambar Pelik Tapi Benar - Budak 12 jari tangan dan 14 jari kaki


Seorang kanak-kanak berketurunan Cina berusia setahun yang tinggal di Okkalarpa Selatan di Yangon, Myanmar, Lei Yadi Min mempunyai 12 jari tangan dan 14 jari kaki, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kanak-kanak itu kini menunggu pengesahan rasmi daripada Guinness of World Records bagi kategori bilangan jari tangan dan kaki yang paling banyak.

Dia memiliki tujuh jari pada setiap kaki dan enam jari tangan.

Secara keseluruhannya, Min mempunyai 26 jari.

Dia bersaing dengan dua rakyat India masing-masing berusia lima tahun dan 15 tahun yang memiliki 12 jari tangan dan 13 jari kaki dengan jumlah keseluruhan 25 jari. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Post a Comment