Gambar pasangan kembar siam Saba dan Farah dari India
Disebabkan percantuman pada tengkorak, Saba dan Farah mengalami sakit kepala melampau, selain kesakitan pada sendi.
Pasangan itu juga sukar bertutur apabila usia semakin meningkat.
Lima tahun lalu Saba dan Farah, 10, dibawa bertemu beberapa pakar kembar siam, termasuk doktor dari Amerika Syarikat, Benjamin Carson, bagi melihat kemungkinan mereka dipisahkan. Ketika itu, Saba dan Farah bersemangat dan lebih sihat.
Bagaimanapun, Carson mendapati budak kembar terbabit berkongsi saluran darah penting pada otak dan bergantung kepada dua buah pinggang pada tubuh Farah.
Pergantungan sepenuhnya kepada buah pinggang Farah juga menyebabkan kedua-dua budak terbabit kehilangan berat badan ketara, selain mengalami tekanan darah tinggi.
No comments:
Post a Comment