Anak kambing berwajah pelik dan aneh diberi nama ‘Mewa’ sempena singkatan ‘Istimewa’ oleh pemiliknya, Zakaria Husin, 70, yang mula menyedari keanehan pada haiwan ternakannya itu yang dilahirkan kembar di kandang miliknya.
“Ibu kambing itu melahirkan anak kembar dan ketika hendak membersihkan bendalir pada tubuh seekor anak kambing itu, saya terkejut melihat wajahnya yang pelik tidak seperti kebanyakan kambing lain dengan matanya tersembul keluar. Seekor lagi anak kambing itu dilahirkan normal,” katanya.
Zakaria mendakwa anak kambing itu tidak mengembek kerana bunyinya seakan-akan bayi menangis dan ada ketikanya dia mendengar ia seolah-olah menjerit perkataan ‘mak’.
“Saya kasihan melihat keadaan fizikalnya dan disebabkan wajahnya yang unik itu menyebabkan dia sukar berdiri dengan betul dan kepalanya bergoyang ke kiri dan juga ke kanan serta tidak stabil, selain lidahnya terjelir sejak lahir,”
‘Mewa’ tidak boleh menyusu ibunya sendiri kerana lidahnya sentiasa terjelir dan dibantu dan jika tidak ia tidak duduk diam, malah akan mula merengek seperti bayi.
No comments:
Post a Comment