Gambar Perkahwinan/Persandingan Salih Yaakob dan Samihah









Wajah gembira pasangan Salih Yaakob dan Samihah Sheikh Ali selepas mereka selamat diijabkabulkan dan disandingkan. Pada 30 Mei lalu, Salih melengkapkan kuota poligami empat orang isteri selepas menikahi Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor Bahru, Johor.

Salih dan Emi berkenalan di Pulau Pangkor, Perak pada November tahun lalu dan hubungan mereka menjadi semakin rapat sejak itu.

Salih berkahwin dengan isteri pertamanya, Norizah Mamat, 46 pada 1989 dan dikurniakan empat anak, isteri kedua, Norraha Hamat, 43, pada 1993, enam anak dan isteri ketiga, Norfara Wahida, 33, pada 2007, dikurniakan seorang anak.

Pelakon itu turut merancang untuk menganjurkan majlis besar-besaran yang dihadiri oleh tiga isterinya yang lain, rakan artis dan para media di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat.

1 comment:

  1. chantik tol emi,.. . majlis pon meriah,.. huhuhu,,TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA PASANGAN,.. SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU..

    ReplyDelete