Gambar pesawat Tu-134 terhempas di Russia












Seramai 44 maut, sementara lapan yang lain cedera parah apabila sebuah pesawat yang membawa 52 penumpang terhempas dalam keadaan kabus tebal di sebuah lebuh raya di barat laut Rusia, lewat malam tadi.

Ketika kejadian, pesawat Tu-134 milik syarikat penerbangan RusAir itu dalam perjalanan dari Moscow ke bandar Petrozavodsk.

Lamab web Kementerian Kecemasan turut menyiarkan gambar pesawat yang berkecai di jalan raya dengan latar belakang kabus tebal.

Agensi-agensi berita Rusia melaporkan, antara penumpang yang terbunuh ialah pengadil bola sepak Liga Perdana Rusia, Vladimir Pettay dan seorang rakyat Sweden.

No comments:

Post a Comment