Gambar Anak Perempuan terbaru Esma Daniel

Gambar Anak Perempuan comel Esma Daniel


Isteri Esma Daniel, Nitra selamat melahirkan cahaya mata keenamnya pada jam 1:10 tengahari di Hospital KPJ Selangor. Bayi seberat 2.9 kilogram itu juga berada didalam keadaan sihat dan selamat dan yang paling penting proses kelahiran berlaku dalam keadaan normal tanpa sebarang komplikasi yang teruk.

Mengikut sumber, Esma menjelaskan, "Alhamdulillah, rezeki datang melimpah ruah di bulan mulia ini, dan saya sangat terharu dengan pemberian tuhan ini. Ini anak saya yang keenam keseluruhannya dan yang keempat untuk saya dan Nitra. Tanggungjawab saya semakin besar, dan saya berharap saya mampu menjadi ayah yang terbaik dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin”, jelasnya lagi.

Ditanya mengenai cadangan untuk bayinya itu,Esma memberitahu akan memberi nama yang ringkas seperti Maya Sari dan setakat ini mereka masih belum membuat pendaftaran lagi. Biar pun Esma sedang sibuk di lokasi penggambaran Ramadhan Terakhir tetapi dia tetap meminta pelepasan sebentar untuk menguruskan isteri dan anak yang baru ini, dan selepas ini berjanji menyambung penggambaran kembali.

No comments:

Post a Comment