Gambar Pulau Hashima yang digelar Pulau Hantu









Hashima Island

Hashima Island

Hashima Island

Hashima Island

Pulau Hashima (Gunkanjima) adalah salah satu daripada 505 pulau tak berpenghuni di Wilayah Nagasaki sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Pulau Pulau Hashima didiami sekitar 1887-1974 sebagai tempat perlombongan arang batu dan antara bandar tersibuk pada zamannya.

Mitsubishi secara rasmi mengumumkan penutupan lombong arang batu Hashima pada tahun 1974 setelah minyak petroleum mula mendapat tempat bagi menggantikan arang batu. Pulau Hashima hari ini adalah kosong dan tidak berpenghuni, disebabkan itu disebut Pulau Hantu. Namun pada 22 April 2009 sebahagian kecil dari pulau itu kembali dibuka untuk tujuan pelancongan.

Ciri Pulau Hashima yang terpenting adalah bangunan konkrit ditinggalkan dan dinding laut sekitarnya. Ia menjadi ilham para pembikin filem dan video game sebagai inspirasi karya mereka dan turut menjadi tajuk diskusi penggemar paranormal dan subjek misteri.

Pulau ini semakin mendapat perhatian antarabangsa tidak hanya sebagai salah satu warisan antarabangsa moden di wilayah tersebut, tetapi juga sebagai sisa-sisa kompleks perumahan di tahun-tahun dari Taisho Era ke Showa Era.

Sejak ditinggalkan pulau masih belum dipelihara, beberapa bangunan telah runtuh. bangunan yang ada mengalami kerosakan. Namun, dinding tertentu telah diperbaiki dengan konkrit. Walaupun pulau itu dimiliki oleh Mitsubishi Material hingga 2002, secara sukarela dipindahkan ke bandar Takashima.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment