Gambar 11 peserta Ustazah Pilihan

Ustazah Pilihan 2011

Peserta Ustazah Pilihan

Ustazah Pilihan terdiri daripada peserta bertuah Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah),20, Nur Aqidah Mawardi (Aqidah),21, Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah),21, Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah), 21, dan Masfira Hilman (Fira),27.

Turut terpilih adalah Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz),27, Siti Nor Hafidza Razali (Fizah),21, Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya),26, Nina Syazmeen Mohd Din (Nina),23, Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti),26, dan Maryanti Ramle (Yanti),23.

Menerusi program Ustazah Pilihan,para peserta akan melalui proses penyingkiran mengikut tahap pencapaian masing-masing yang akan ditentukan oleh mudirah (pengetua) yang dilantik iaitu Dr Robiah K Hamzah dan mursyidah (tenaga pengajar) iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiyah Hassan.

Program yang dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani ini akan bersiaran pada setiap Khamis, pukul 9 malam bermula 6 Oktober depan.

No comments:

Post a Comment