4 cedera dalam satu letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini, awal hari ini.
Mereka yang cedera dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelanggan rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Zainal Abu Bakar berkata, letupan berlaku di kawasan aras bawah pusat membeli-belah itu.
"Punca sebenar letupan yang berlaku dalam laluan keluar salah sebuah premis di pusat membeli belah itu belum diketahui dan masih dalam siasatan,” katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment