Gambar cover majalah Glam edisi Januari 2012 menampakkan Siti Nurhaliza dimekap dan ditransform ibarat Madonna.
Cantik dan nampak macam Madonna yang cute.
Cantik dan nampak macam Madonna yang cute.
Keluaran terbaru majalah fesyen dan gaya hidup popular GLAM telah pun berada di pasaran. Empat rekaan kulit depan yang menampilkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sebagai Madonna dilihat sebagai satu strategi pemasaran yang cukup kreatif.
Apabila foto-foto kulit depan majalah tersebut mula diedarkan di laman Facebook GLAM Malaysia, timbul tandatanya sinis daripada pelayar internet setelah melihat hasil kulit depan majalah tersebut. Keempat-empat kulit depan itu seolah-olah memaparkan Siti dengan penampilan tidak bertudung.
Diwawancara program hiburan Gala TV sebentar tadi, Siti berkata, "Bila Siti bersetuju untuk melakukannya, Siti sudah bersedia untuk masyarakat khususnya peminat untuk berkata apa saja."
Mengulas lanjut keinginannya untuk melakukan kerjasama tersebut, Siti akui dia tertarik dengan hasil kerja akhir majalah tersebut.
"Siti pernah beberapa kali bekerjasama dengan pasukan kreatif GLAM sebelum ini. Apabila diberitahu yang konsepnya berdasarkan selebriti antarabangsa yang cukup sensasi iaitu Madonna, Siti bersetuju dengan konsep GLAM itu sebab tahu mereka akan menghasilkan gambar-gambar yang menarik."
No comments:
Post a Comment