Gambar Bella Valentina, anak angkat Stacy

Foto gambar Bella Valentina yang comel. Bella Valentina merupakan anak angkat kepada penyanyi lincah, Stacy.

Gambar Bella Valentina, anak angkat Stacy

Desas-desus mengatakan, Bella yang berusia tiga bulan itu adalah tanda cinta Stacy bersama dengan Akim. Benarkah begitu?

Bagaimanapun, ratu tari itu tidak pula melatahsebaliknya merasa pelik kerana semakin hampir dia beraksi ke kemuncak Mania, dia sering saja dikaitkan dengan pelbagai gosip.

"Aduhai. Macam-macam cerita yang saya dengar. Bella tu masih milik kami sekeluarga. Tiada kena mengena langsung dengan Akim.

"Apa salahnya Akim sayang dan mesra pada Bella. Sesiapa saja boleh bermesra dengan Bella. Terus-terang, saya langsung tiada terlintas untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Apatah lagi berkahwin dengan Akim. Kami hanya kawan rapat dan saya masih lagi belum berpunya," katanya.

Dalam pada itu, Stacy turut dituduh mempunyai panggilan istimewa dengan Akim dan Bella iaitu dengan panggilan Ying Ying.

"Tiadalah. Kami satu keluarga memang menggunakan perkataan Ying. Sebabnya mak dan abah dulu selalu panggil Ling yang berasal dari perkataan Darling. Lama-lama ia menjadi Ying.

"Ia sekadar ikutan saja dan panggilan berkenaan hanya untuk manja-manja saja. Tidak lebih dari itu. Bella pun saya panggil dia dengan Ying. Mak dan abah pun panggil dengan menggunakan nama yang sama iaitu Bella Ying Ying," jelasnya. ~ Murai

No comments:

Post a Comment