Foto Sekitar Majlis Aqiqah Anak Mawi Dan Ekin,Cahaya Malaika
Sekitar majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas anak Mawi dan Ekin, Cahaya Malaika. Cahaya Malaika sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu.
"Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini,"
Ditanya mengenai signifikan tarikh yang dipilih untuk mengadakan kenduri berkenaan, ujar Mawi, tiada yang istimewa melainkan bagi tujuan memudahkan urusan memandangkan cuti hujung minggu.
"Tiada yang istimewa pun tarikh untuk kenduri kesyukuran hari ini (Ahad), tapi sebab cuti hujung minggu, jadi tetamu pun senang datang sebab ada kelapangan.
"Kebetulan pula keesokan hari iaitu (Isnin), umur Cahaya genap tiga bulan," tambah Mawi.
Nama Cahaya Malaika dipilih sendiri oleh Mawi dan Ekin ketika dalam tempoh kehamilan yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku.Mawi bahagia melihat perkembangan anak perempuannya membesar di depan mata dan teruja menantikan perubahan demi perubahan yang bakal dilalui Cahaya.

No comments:
Post a Comment