Gambar pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Gambar perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Gambar nikah Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Gambar pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Gambar kahwin Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Gambar pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Gambar perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sudah pun bergelar suami isteri pada 4 Mei 2012.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.

Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.

Scha dan Awal tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung manakala Awal segak berbaju Melayu dari rona sedondon iaitu putih rekaan Saiful Baharim

Astro Ria (saluran 104) menyiarkan secara eksklusif siaran langsung majlis perkahwinan dua selebriti terkenal tempatan ini.

Awal Ashaari akan berlepas ke New York, Amerika Syarikat pada 8 Mei 2012 bersama isterinya, Scha Al-Yahya untuk berbulan madu.

No comments:

Post a Comment