Gambar Baby Fasha Sandha: Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram



Gambar Baby Fasha Sandha dan suaminya Jejai. Nama baby comel bertuah ini ialah Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram yang telah dilahirkan secara pembedahan di Prince Court Medical Centre



Tahniah Fasha kerana telah bergelar hot mama!! ----------- Pelakon Nur Fasha Sanda Hassan, 29, bergelar ibu apabila selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di sebuah hospital swasta, di sini, pada jam 9.21 pagi, semalam.

Gambar Baby Fasha Sandha


Kelahiran bayi itu diumumkan suami Fasha iaitu ahli perniagaan yang juga pelumba kereta negara, Rizal Ashram Ramli menerusi akaun Twitter peribadinya pada jam 11.10 pagi. Rizal atau Jejai turut berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto menerusi akaun Instagram. "Bayi lelaki selamat dilahirkan. Saya bersyukur kerana proses kelahiran ini sangat mudah seperti ketika isteri hamil. "Bayi ini adalah anugerah untuk keluarga kecil kami.

Isteri juga dalam keadaan baik. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT," katanya. Bayi itu, yang diberi nama Putra Rayfal Ramli adalah cahaya mata kedua Rizal, yang sebelum ini dikurniakan anak lelaki, Putera Rayqal Rizal Ramli, 4, hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Nora Danish.

Sementara itu, Fasha berkata, beliau akan kembali aktif selepas tamat tempoh berpantang, akhir bulan depan. "Saya merancang berpantang 100 hari, namun terpaksa dipertimbangkan berikutan sudah menerima beberapa tawaran drama bersiri yang akan memulakan penggambaran akhir Mei ini. "Jika saya bersetuju, tempoh berpantang akan dipendekkan. Saya bersyukur sudah dilamar sebuah syarikat melangsingkan badan," katanya. Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012.

No comments:

Post a Comment