Gambar Resepsi Perkahwinan Rafflesia Ezlynn - Adam, Crowne Plaza Mutiara

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Ezlynn - Adam tajaan Rafflesia di Crowne Plaza Mutiara

Gambar Majlis Resepsi Ezlynn & Adam Tajaan Rafflesia


Gambar Majlis Resepsi Ezlynn & Adam Tajaan Rafflesia

Gambar perkahwinan Rafflesia Ezlynn-Adam

Gambar perkahwinan Ezlynn - Adam


Gambar resepsi perkahwinan Rafflesia Ezlynn-Adam

Gambar perkahwinan Rafflesia Ezlynn-Adam

Majlis resepsi mewah Ezlynn dan Adam Fahmy yg diraikan di Hotel Crowne Plaza Mutiara bertemakan musim luruh Sepanyol.

Adam Fahmy segaknyamenggayakan sut lengkap bertemakan musim luruh hasil rekaan Kenny dari rumah fesyen Lords Tailor.

Malah acara yang ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia itu tampak cukup mesra dengan kehadiran keluarga terdekat kedua belah mempelai selain puluhan selebriti popular yang merupakan teman Ezlynn.

Antara wajah popular yang hadir pada majlis bahagia berkenaan iaitu, Eja, Jihan Miskin, Amber Chia, Sari Yanti, Intan Sarafina, Iqram Dinzly, Anahita Bakavoli serta tidak ketinggalan pasangan usahawan Sin dan Winnie Sin.

Majlis resepsi ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Datin Ilyka, Fazli Zainal, Adibah Nor dan Dafi. Ezlynn juga tidak mahu ketinggalan menyumbangkan suara emasnya dengan dendangan lagu Perhaps Perhaps Perhaps dalam bahasa Sepanyol sebagai salah satu caranya memberi penghormatan kepada tetamu yang hadir.

Bukan sekadar suasana pelamin yang berlatar-belakangkan muzik Sepanyol, malah hampir 200 tetamu turut merasai kemeriahan persandingan itu, apatah lagi dengan kehadiran juadah ala Mediterranean buat santapan pada malam itu.

Acara memotong kek telah diserikan dengan kemunculan Ezlynn dan Adam Fahmy bersama persalinan serba ungu daripada rekaan Khoon Hooi dan Lords Tailor sebagai melengkapkan tradisi sebuah acara resepsi perkahwinan.

Ezlynn telah bernikah dgn Adam pada 20 November lalu di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara dengan mas kahwin sebanyak RM80 serta wang hantaran sejumlah RM20,020.20.

Semoga berbahagia Ezlynn!

No comments:

Post a Comment