Gambar Peserta Mentor 6 + Biodata

Mentor 6 dimeriahkan dengan barisan peserta berbakat iaitu KJ (Adam), Wanie (Ferhad), Ramlah Ram (Ana Syuhada), Caroline (Ella), Anas (Faizal Tahir) dan Zatul (Ogy Ahmad Daud).

Jom tengok gambar peserta Mentor musim ke-6 dan juga biodata mentor yang bertuah ini! Jangan lupa undi dan support mereka!

Biodata Kj Mentor 6
Protege Adam
Nama :Abdul Kadir Haji Unding Lana
Nama Samaran :KJ
Asal : Kota Kinabalu
Umur : 24 tahun
Pengalaman : Showdown 2010 dan 2011, Borneo Crew dan Borneo Soul Breakers

Gambar Wanie Mentor 6
Protege Ferhad
Nama :Salwani Sawi
Nama Samaran :Wanie
Asal : Wilayah Persekutuan Labuan
Umur : 18 tahun

Ana Syuhada Noor Asram
Protege Ramlah Ram
Nama :Ana Syuhada Noor Asram
Nama Samaran :Ana Syuhada
Asal : Shah Alam
Umur : 21 tahun
Pendidikan: Diploma Muzik (Vokal)

Gambar Puteri Caroline Mohd Kamel, Caroline Mentor 6
Protege Ella
Nama :Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama Samaran :Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun

Biodata Anas Bin Ridzuan Mentor 6
Protege Faizal Tahir
Nama :Anas Bin Ridzuan
Nama Samaran :Anas
Asal : Perak
Umur : 23 tahun
Pendidikan : Ijazah Filem, Teater dan Animasi UiTM dan aktif dalam teater bersama Dewan Bahasa dan Pustaka

Biodata Zatul Mentor 6
Protege Fauziah Dato’ Ahmad Daud
Nama :Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin
Nama Samaran :Zatul
Asal : Bedong, Kedah
Umur : 23 tahun

Untuk musim keenam ini, Mentor masih mengekalkan format permarkahan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik. Juara Mentor 6 akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara wang tunai RM30,000.

Ally Iskandar Mohd Mardzi sebagai pengacara program, Jurnal Mentor dan Jurnal Protege. Selain itu, Nas Ahmad bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas. Musim ini turut mempersembahkan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Boo Jay (Floor Fever) sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik serta dua orang juri tetap iaitu Dato' Ramli M.S. dan Dato' Sharifah Aini.

Ikuti konsert mingguan Mentor yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam bermula 18 Mac ini.

No comments:

Post a Comment