Gambar Fizo Omar Di Tanah Suci Mekah

Gambar Fizo Omar Di Tanah Suci Mekah bersama ibu tercinta!

Kebelakangan ini, semakin ramai artis dan selebriti yang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah samada menunaikan umrah atau haji. Alhamdulillah, satu perkembangan baik.

Baru-baru ini, Fizo Omar telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah dan menyambut awal Ramadhan di sana. Semoga Fizo selamat menjalani ibadat di tanah suci.

Jom tengok gambar-gambar Fizo Omar di Mekah!

Fizo Omar umrah
Fizo Omar umrah
Fizo Omar di Mekah
Fizo Omar umrah


Twitter Fizo Omar
https://twitter.com/fizoomar

Aktor kacak popular Fizo Omar berasa bertuah kerana dapat mengerjakan umrah pada sambutan hari jadinya yang ke-27 tahun pada 19 Julai lalu.

Cerita Fizo: ”Saya pergi umrah dengan ibu saya, Hasnah Jidin, 62. Kami pergi dari 16 Julai hingga 26 Julai lalu bersama rombongan 16 orang. Kami tiba di Madina dulu untuk beribadat dan ziarah. Kemudian selepas solat Subuh di Masjid Nabawi, pada pagi 19 Julai, rombongan kami bertolak ke Mekah untuk mengerjakan umrah.“Bila sampai di depan Kaabah dalam cuaca panas terik, saya peluk ibu saya. Saya rasa bersyukur sangat. Inilah umrah…hadiah yang paling best untuk diri saya sempena hari jadi. Orang ramai sangat petang itu. Lebih ramai daripada musim haji. Bila kami habis tawaf…dah masuk waktu solat Maghrib.
“Lepas tu kami sambung pula solat sunat Tarawih berjemaah sebab esoknya umat Islam sudah mula berpuasa. Saya seronok berpuasa dan berbuka dalam Masjidilharam. Walaupun suasana penuh sesak, saya dapat bawa ibu bersolat sunat di kawasan Hijir Ismail. Saya diuji macam-macam di sana. Antaranya waktu saya tengah solat dalam Masjidilharam, ada orang pijak kepala saya. Tapi saya hadapi ujian itu dengan tenang.”

Itulah pengalaman menarik umrah kali kedua bagi Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar. Bapanya meninggal dunia pada 5 Julai tahun lalu.

Katanya, di depan Kaabah dia berdoa yang terbaik untuk dirinya, keluarga dan kawan-kawan. Dia juga dapat dua kali bersolat di kawasan Raudah (Taman-taman Syurga) dalam Masjid Nabawi, Madina.

No comments:

Post a Comment