Gambar wajah comel anak sulung Zed Zaidi - Nelly Natalia

Gambar wajah comel anak sulung Zed Zaidi dan isteri, Nelly Natalia. Bayi lelaki yang diberi nama Ryan Riqry ini dilahirkan melalui teknik pembedahan dengan berat 4.32 kilogram. Ryan Riqry telah dilahirkan di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya.

Zed Zaidi terlalu gembira kerana sudahpun menjadi seorang bapa. Hari raya tahun ini nampaknya Zed menyambutnya bersama ahli keluarga baru yang comel itu.

Anak Zed Zaidi


Lebih membahagiakan Zed, dia dan anaknya berkongsi tarikh hari jadi iaitu pada 27 haribulan, cuma bezanya Ryan dilahirkan pada 27 Julai manakala Zed pula 27 Jun. Nampaknya memang tiada masalah langsung untuk bapa dan anak itu menyambut hari lahir bersama-sama kerana bezanya hanya sebulan saja.

Bukan itu saja, Zed dan Ryan juga sama-sama dilahirkan pada hari Jumaat. Zed dilahirkan pada malam Jumaat manakala Ryan pula pada pagi Jumaat bulan Ramadan yang mulia ini.

Tahniah Zed Zaidi! Semoga Ryan akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

No comments:

Post a Comment