Gambar Anak Siti Saerah Yang Cute
Siti Saerah, adik penyanyi Siti Nurhaliza, begitu bahagia melayari kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata.
Hasil perkahwinan Saerah bersama Zaiful Anuar, pasangan ini dikurniakan seorang puteri dan putera. Anak sulung mereka bernama Umi Umairah yang berumur setahun 10 bulan manakala anak keduanya, Ahmad Daiyan baru saja berumur 8 bulan.
Bercerita mengenai anak sulungnya itu, Saerah yang ditemui selepas menghadiri konsert Siti di Bukit Gambang, Pahang, baru-baru ini memberitahu bahawa anaknya itu seorang yang pandai bergaya dan suka kepada muzik.
"Anak saya ni memang suka sangat berposing. Apabila mendengar muzik saja, dia akan menari. Dia pantang nampak kamera. Dia juga suka menyanyi walaupun masih belum fasih bercakap.
"Dia suka ikut nyanyi lagu Muara Hati. Sungguhpun dia nyanyi hanya dihujung-hujung sebutan saja, tapi cara dia nyanyi tepat dan ikut melodi. Mungkin dia banyak ikut jejak saya. Dia pun sangat rapat dengan Kak Siti. Anak saya ni adalah anak saudara yang paling disayangi Siti. Dia menjaga anak saya macam anak dia sendiri," katanya kepada murai.com.my.
Menyedari bakat yang dimilik anaknya itu, Saerah telah dinasihati sahabat dan kenalan agar membiarkan anaknya itu menjadi model iklan.
"Memang ramai menasihatkan saya agar membenarkan anak saya ini menjadi model iklan. Setakat ini, saya sudah pun bawa anak saya pergi casting, tapi masih belum dapat sebarang tawaran lagi.
"Kalau ada tawaran, Insya-Allah, saya tidak menolak tawaran tersebut. Anak saya ni panggil Kak Siti dengan panggilan Mak Iti. Insya-Allah, selain sibuk menjaga anak, saya akan buat comeback. Namun, masanya tidak tahu lagi," jelasnya.
Apa yang pasti, foto anak Saerah ini telah dirakam sewaktu mereka bermandi-manda di kolam renang Bukit Gambang Resort City, tempoh hari. Anak sulung Saerah ini memang tidak malu dan segan memberikan aksi comel di hadapan kamera.
Sumber: Murai

No comments:
Post a Comment