Gambar Nikah Farid Kamil-Diana Danielle

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle 

Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle

 Pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle

* Hantaran lelaki 5 dulang - motosikal mini Kawasaki KSR110, telekung, al-Quran, cincin Tiffany & Co, sirih junjung, wang tunai dan cincin

* Hantaran perempuan 7 dulang - wangian Hugo Boss, cincin dan dompet, motosikal mini Kawasaki KSR110, sirih junjung, manisan dan album foto.

Gambar Majlis Nikah Farid Kamil - Diana Danielle
Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle
Gambar Nikah Farid Kamil - Diana Danielle
Gambar Farid Kamil Dan Diana Danielle
Kisah Farid Kamil - Diana Danielle

"Pertama kali menemui Diana, dia tampak matang berbanding usianya. Ini membuatkan saya terus tertarik untuk mengenalinya lebih dekat," luah pelakon Farid Kamil Zahari, 31, yang selamat menjadi suami Diana Danielle Danny Bensson, 21, pada majlis pernikahan dalam taman di Hotel Flamingo By The Lake di Ampang, kelmarin.

Menceritakan detik awal perkenalan, Farid mengaku, tarikan Diana cukup kuat malah jika diikutkan, mereka merancang berkahwin muda pada saat mula menjalin hubungan.

"Tapi ketika itu, Diana masih terlalu muda... Dia baru berusia 18 tahun tetapi sudah cukup matang pada fikiran saya," katanya yang ditemui pada majlis serba indah itu.

Pada majlis itu, kedua-dua mempelai yang berhias cantik, tampak ceria dikelilingi sanak-saudara dan teman-teman rapat.

Bagi Farid, tiada apa yang lebih menggembirakan selain perancangan menyatukan hubungan suci dengan ikatan sah, selesai dengan sempurna.

"Saya bersyukur kerana majlis ini lancar, walaupun ringkas tapi dengan kehadiran rakan dan saudara mara, ia menjadi meriah.

"Farid juga mengharapkan semua orang mendoakan kebahagiaan kami. Semoga jodoh kami kekal hingga ke syurga," katanya.

Simpan rahsia hingga nikah

Farid memberitahu, dia tidak meletakkan syarat kepada Diana untuk meninggalkan dunia seni selepas bernikah.

"Saya tidak letakkan syarat untuk Diana berhenti berlakon. Cuma Diana kenalah pandai menjaga diri sebagai isteri dan tidak mengabaikan rumah tangga dan diri saya.

"Selain itu, saya juga mahu Diana menjadi isteri mithali dan solihah. Kami sama-sama akan mendalami ilmu agama selepas ini," katanya yang mahu membina hidup baru bersama isteri tersayang.

Farid berkata, dia juga merancang membawa Diana menunaikan umrah tetapi terpaksa ditunda berikutan masalah visa.

Pada majlis itu juga, aktor ini menjelaskan mengapa baru sekarang berbicara mengenai hubungannya dengan Diana selepas sah menjadi suami kepada bintang jelita itu.

"Sebenarnya, saya tidak suka menggembar gemburkan soal hubungan saya dengan Diana sebelum in. Saya rasa tidak selesa.
Gambar Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle
Gambar Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle
Gambar Nikah Farid Kamil-Diana Danielle

"Saya juga mahu simpan momen indah hingga sudah berkahwin. Selepas bernikah, barulah saya selesa bercakap mengenainya termasuk bergambar atau muncul di khalayak berdua," katanya.

Diana mengakui saat dilamar Farid, hati dan mindanya sudah bersedia untuk memikul tugas sebagai isteri.

"Menjadi isteri memerlukan komitmen yang tinggi. Bagi saya, setiap hari adalah proses pembelajaran seperti yang ditempuhi wanita lain," katanya.

Diana berkata, ibunya, Norsiah Ramli enggan ditemubual kerana bersedih dirinya sudah menjadi milik orang.

"Saya tahu ibu masih bersedih sebab saya sudah menjadi isteri Farid. Tetapi ibu sebenarnya gembira dengan perkahwinan ini. Paling penting ibu merestui perkahwinan ini walaupun umur saya masih muda," katanya.

Facebook: http://www.facebook.com/DianaDanielleB

No comments:

Post a Comment