Gambar Noryn Aziz dengan imej berturban





Peminat Noryn Aziz tak akan lagi melihat imej seksi Noryn Aziz.

Selepas menunaikan fardu haji bersama kedua orang tuanya tahun lalu, dia mula nekad untuk melakukan transformasi terhadap penampilan dirinya yang mahu kelihatan lebih sopan.

“Alhamdulillah, selepas pulang dari Mekah, saya ambil keputusan nekad untuk ubah sedikit demi sedikit cara berpakaian. Saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya buang terus imej seksi.

“Cuma buat masa ini saya tidaklah bertudung sepenuhnya, tetapi dengan memakai turban untuk menutup kepala. Apa yang boleh saya katakan, kini saya dalam proses untuk tampil ke arah imej yang lebih Islamik,” ujarnya.

Lumrah kepada individu yang sedang berusaha untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih positif, Noryn turut mengakui berdepan beberapa cabaran yang cukup hebat.

Antaranya, terdapat beberapa tawaran persembahan yang terpaksa ditolak apabila pihak penganjur mengenakan syarat kepadanya supaya tampil dengan imej yang lebih mendedahkan.

“Jika ada yang meminta saya berbuat demikian, saya akan menerangkan kepada mereka bahawa inilah imej saya sekarang. Tentunya saya tidak akan gadaikan prinsip hidup semata-mata hendak mengikut kehendak mereka.

“Biarpun dengan imej baru ini akan menyebabkan saya semakin kurang mendapat tawaran, tetapi saya percaya segala rezeki yang dikurniakan semuanya adalah ketentuan daripada Allah,” luahnya.

No comments:

Post a Comment