Gambar Wanita Muslimah Berhijab Cantik

Koleksi gambar wanita Muslimah yang cantik berhijab dan bertudung. 






Wanita Solehah
Wanita Muslimah Berhijab
Wanita Islam Berhijab
Gambar Wanita Muslimah Berhijab
Wanita Muslimah Berhijab
Wanita Muslimah Berhijab
Wanita Muslimah Berhijab

Bagaimanakah cara untuk mengubah diri menjadi lebih cantik? Senang sahaja tetapi harus sabar dan istiqamah melaksanakannya. Caranya begini:

-  Jadikanlah ‘Ghadhdul Bashar’ (menundukkan pandangan) sebagai ‘hiasan mata’, nescaya akan semakin bening dan jernihlah penglihatan. Wajah yang sentiasa tunduk mampu menjaga pandangan boleh menumpulkan hati dan ingatan. Sepasang mata yang digunakan untuk pandangan luhur akan jatuh terbenam ke dalam hati lalu menerbitkan mata hati yang bersih lagi menyucikan.

- Oleskan ‘lipstik kejujuran’ pada bibir, nescaya ia akan semakin manis. Ucaplah kata-kata manis dan sopan agar telinga yang mendengar berasa selesa dan nyaman serta dapat mententeramkan hati gundah gulana.

-  Gunakanlah ‘pemerah pipi’ dengan kosmetik sifat malu yang datangnya dari ‘salon’ iman. Malu adalah perlu dalam kehidupan seorang wanita. Ia perlu ditonjolkan pada tempat, masa dan situasi yang sesuai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud r.a iaitu:

“Rasa malu terhadap ALLAH itu ialah supaya kamu memelihara kepala dan apa yang diingat oleh kepala itu, memelihara perut dan apa yang dikandung oleh perut itu, juga supaya kamu selalu ingat kepada kematian dan berbagai bencana seperti hancur luluhnya segala anggota badan. Barang siapa yang menginginkan selamat di alam akhirat, hendaknya ia meninggalkan perhiasan atau kemewahan duniawi. Orang yang melakukan semua itu, maka ia telah mempunyai rasa malu terhadap ALLAH  dengan sebenar-benar malu.” - Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidzi. Dipetik dari buku Untaian Mutiara Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Ditulis oleh Dr. Ahmad Umar Hasyim, m/s 52

- Pakailah ‘sabun istighfar’ yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang dilakukan. Istighfar yang ikhlas mampu menjaga hati dan diri daripada mengulangi dosa yang sama. Ia juga dapat mengharumkan setiap langkah yang dilakukan tidak kira di pelosok mana kita menjejakkan kakiselagi bersandarkan ALLAH semata-mata Rawatlah rambut dengan ‘selendang islami’ yang akan menghilangkan ‘kelemumur’ pandangan lelaki. Hijab yang menutupi rambut membuatkan kita dihormati oleh lelaki yang gemar mengganggu wanita.

1 comment:

  1. idam cantik? cubalah resipi mudah fungus BBC MARDI Station hanya di MARDI Station CH

    ReplyDelete