Gambar foto resepsi perkahwinan Farid Kamil Zahari dan Diana Danielle Danny Beeson
Farid Kamil Zahari dan Diana Danielle Danny Beeson telah mengadakan resepsi perkahwinan di Taman Ekuestrian Putrajaya, Selangor.
Majlis diserikan dengan sedikit elemen formaliti.
Majlis pada malam itu dimulakan dengan perarakan Tean Paging 10 ekor kuda bersama sebuah kereta kuda berhias sekitar pukul 9 malam.
Turut menyerikan majlis, persembahan berkuda daripada Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertontonkan kepada penonton.
Majlis persandingan kali ini tidak melibatkan sebarang penajaan, sebaliknya perbelanjaan keseluruhan dikeluarkan Farid Kamil Zahari dan Diana Danielle Danny Beeson sekadar termampu.
Majlis resepsi perkahwinan bertemakan 'Barbeque Wedding' berlangsung dalam suasana ringkas tapi cukup bermakna di Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5.
Tepat jam 9.10 malam, pasangan mempelai diarak masuk ke dalam taman kayangan dengan menaiki kereta kuda yang dihias indah bagaikan dalam cerita dongeng menuju ke pelamin rekaan Rita Collections.
Pada malam itu, tetamu turut disajikan dengan persembahan kuda daripada Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membabitkan sebanyak lapan ekor kuda untuk perarakan 'Tean Paging' . Selain itu, persembahan daripada pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pertunjukan silap mata.
Jika Farid nampak segak dengan sut PDRM, Diana yang berbadan dua tetap tampil menawan dengan busana sedondon warna putih rekaan Mimpi Kita serta sentuhan solekan daripada Chot.
Tidak lengkap majlis resepsi tanpa dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis popular tanah air seperti Fazura, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Maya Karin, Sazzy Falak, Nadia Nisa, pengarah Osman Ali, produser dan pengarah Sharad Sharan serta ramai lagi. Tidak ketinggalan, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, David Teo dan isterinya, Jane Lim.
Sambil kira-kira 600 tetamu menjamu selera dengan juadah barat 'Asado Argentina' ,mereka turut dihiburkan dengan persembahan hiburan daripada barisan artis popular tanah air iaitu Adira dengan lagu Ombak Rindu, Amir Jahari, Suffian Aji Boy dan Zul Huzaimy.
Selepas majlis merenjis dan makan beradab, pengacara majlis turut mengumumkan kejutan daripada ibu bapa Farid yang bermurah hati untuk menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW Turbo buat pasangan mempelai yang baru sebulan melayari hidup sebagai suami isteri.
Secara peribadi, Farid mengakui persandingan di kelab ekuestrian itu adalah gabungan impian perkahwinannya dengan Diana.
"Diana memang impi untuk buat majlis persandingan 'garden wedding' dan saya pula ingin paparkan elemen baru iaitu istiadat berkuda pada majlis resepsi kami.
"Pada mulanya, saya merancang untuk buat persembahan kami berdua menunggang kuda tapi terpaksa ditukar pada saat akhir kerana memikirkan keadaan Diana yang mengandung," katanya.
Ditanya mengenai banyak kekurangan pada majlis malam itu seperti bekalan elektrik terputus beberapa kali dan makanan yang tidak cukup untuk tetamu yang hadir, Farid berkata, dia dan Diana memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakan itu.
"Sebenarnya, perancangan untuk majlis resepsi malam ini dibuat dengan teliti sebab itu saya sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Saya tidak terkejut dengan kejutan hadiah dan persembahan tapi kekurangan dalam majlis pada malam inilah yang paling 'best' dan mengejutkan.
"Terus terang, kami buat majlis pada malam ini mengikut kemampuan kewangan dan hanya inilah yang kami mampu buat. Kami juga buat majlis ini dengan menggunakan duit sendiri tanpa penajaan daripada mana-mana pihak.
"Memang ada beberapa pihak yang berminat ingin menaja tapi kami belajar daripada pengalaman artis lain yang pernah mengalami penaja menarik diri pada saat akhir dan kami ambil langkah selamat ini untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku pada majlis resepsi kami pula," katanya.
Actress Diana Danielle Danny Beeson had a pleasant surprise when seven National Service trainees turned up at her wedding reception with director Farid Kamil Zahari, bearing unusual gifts, reports Mingguan Malaysia.
The trainees gave Diana seven portraits of her days in 2009 as an NS trainee at the Princess Haliza camp in Sepang. NS director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil said the gesture was an appreciation of the actress' work in promoting National Service.
“Diana had continued to promote the National Service even after her stint ended,” he said. Diana, 21, married Farid Kamil, 31. About 500 guests attended the reception at Putrajaya Equestrian Park.
http://photoimagepics.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment